BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG KESUSASTERAAN MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG KESUSASTERAAN MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KEGEMILANGAN!!

Pengunjung Setia

Dari Mana Anda Online?

KATA-KATA HIKMAT / FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Wednesday, April 27, 2011

> MORFOLOGI - Pembentukan Kata

Pembentukan kata ialah proses membentuk sesuatu perkataan. Perkataan dalam sesuatu bahasa mengandungi bentuk. Yang dikatakan bentuk perkataan ialah rupa unsur tatabahasa. Perkataan dalam bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada empat bentuk, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk. Contohnya:

Batu ( kata tunggal )
Batuan ( kata terbitan )
Batu-batu ( kata ganda )
Kepala batu ( kata majmuk )

Kata tunggal
Dari segi istilah, kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar iaitu yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata akar juga merupakan kata tunggal yang tidak mempunyai imbuhan. Misalnya, kereta, tidur, dan cantik merupakan bentuk kata tunggal yang tidak menerima apa-apa imbuhan, tidak digandakan dan tidak pula bergabung dengan kata dasar yang lain bagi membentuk kata majmuk.

Akronim juga termasuk dalam jenis kata tunggal. Kata akronim ialah bentuk yang dihasilkan melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Harus diingat, akronim merupakan bentuk yang sedap bunyinya apabila disebut seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), Proton (Perusahaan Otomobil Nasional ) tetapi UM (University Malaya ), UKM ( Universiti Kebangsaan Malaysia) bukan bentuk akronim tetapi singkatan perkataan.

Kata Tunggal Golongan Kata
Kata nama : Jalan,computer, pasar, sarjana, struktur, kompleks

Kata kerja : Tidur, makan, lukis, main, ajar, alih, buat 

Kata adjektif : Buruk, tua, panas, lemah, hitam, besar 

Kata tugas : Akan, belum,dari, pada, maka, dengan, oleh


Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran, atau apitan. Contohnya, pada kata membeli, kata ini mempunyai awalan mem- dan kata dasar beli. Gabungan kata dasar beli dan imbuhan mem- menghasilkan kata terbitan membeli. Dalam bahasa Melayu terdapat imbuhan asli yang tersendiri seperti –an, -kan, i, pe-, men, se-, men-…kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula aalah seperti maha-, eka-, wan, p-man, bi-, -wi, -iah, pro-, anti-, -isme, si, dan sebagainya. Apabila sesuatu kata ada imbuhan seperti yang dinyatakan tadi, kata itu merupakan kata terbitan seperti pelari, melayan, memakan, dan sebagainya.

kata dasar kata terbitan
Lari pelari,melarikan
Layan pelayan,melayan
Nyanyi penyanyi,menyanyi

Kata terbitan boleh bermacam imbuhan seperti awalan ber, me,mem,pe,per,memper…kan, dan lain-lain lagi. Harus diingat, kata adjektif tidak boleh hadir dengan tiga imbuhan seperti memperbesarkan, mempercantikkan, memperdalamkan, dan sebaginya. Bagi kata adjektif hanya dua imbuhan maksimum boleh digunakan iaitu memperbesar, mempercantik, memperdalam, dan sebagainya.


Kata Majmuk
dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal. Misalnya, rumah sakit tidak menggambarkan makna bagi binaan untuk tempat tinggal tetapi merujuk kepada rumah untuk merawat orang sakit atau hospital.

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya, kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah:

1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:

Guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, setiausaha politik, dan sebagainya.

2. Kata majmuk yang merupakan istilah khusus. Contohnya:

Garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk, dan sebagainya.

3. Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:

tumbuk rasuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang, makan angin, dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan, antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, kakitangan, setiausaha, sukarela, tanggugjawab, tandatangan, warganegara, pesuruhjaya, suruhanjaya, dan sebagainya.

Kata majmuk dapat dikenal melalui beberapa cara. Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk. Contohnya:

tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang tangan urusetia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia kaki tangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air

Kata Ganda
Kata ganda atau kata ulang ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contohnya:

angan menjadi angan-angan (seluruh kata dasar diulang)
setiausaha menjadi setiausaha (seluruh kata majmuk diulang)
makanan menjadi makanan-makanan (seluruh kata berimbuhan diulang)
rebut menjadi berebut-rebut (sebahagian kata diulang)
bola menjadi bebola (sebahagian kata diulang)

Kata ganda penuh atau seluruh berlaku apabila seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan atau tidak digandakan atau diulang. Bentuk kata ganda penuh ada dua iaitu:

Penggandaan kata dasar yang tidak mempunyai imbuhan. Misalnya: Makan


0 comments: